1. Mempunyai Dioxin : Dioxin L dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk USA.
2. Mengandungi sodium polyacrylate : Berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Inilah yang menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman. Bahan ini tidak lagi digunakan dalam tampon wanita. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.
3. Mengandungi tributyl tin (TBT) iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
4. Ia juga dikaitkan dengan lelah.
5. Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.
6. Merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok utk menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.
# Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia setiap hari.
# Sumber sampah KETIGA TERBESAR sedangkan hanya 5% populasi dunia menggunakannya.
# Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya.
# Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.
# Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah.
7. Meningkatkan kes ruam lampin di kalangan bayi.
Kajian perubatan mendapati kes ruam lampin meningkat selari dengan peningkatan pemakaian lampin pakai buang. Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.
Sebab-sebab terjadinya ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Adalah berbahaya membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam krn menyebabkan bakteria bertindak balas dengan ammonia dalam air kencing dan menyebabkan ruam lampin.